BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 23, 2009

"Hanya Ini yang Termampu Sebagai Bantuanku Untukmu"

Khas untuk adik-adik pada 21.02.09 dan buat semua sahabat-sahabat

Sebesar Hiasan, sebesar Fitnah

“DARIKU,,,UNTUKMU,,,”

Salam sayang kerana ALLAH buat adik-adik dan sahabat-sahabat.

Linangan airmata yang mengalir tanda keinsfan diri, mentaubati segala kealpaan diri seketika kerana hawa nafsu yang dituruti. Setulus ikhlas segala ilmu yang kami hamparkan buat semua, segalanya kami sandarkan pada pemilik yang mambolak balikan hati ini, ALLAH YANG HAKIKI. Keinsafan itu lahir dari hati yang masih diberi diberi kesempatan daripada ALLAH SWT. Adik-adik, dalam adik terus melangkah kehadapan setelah titik bertaubat terdetik dihati, di situ dirimu akan menemui betapa sukarnya memilki kasih sayang ALLAH, kerana suara-suara luar yang melemahkan mu akan banyak kan kau dengari tanpa di pinta dimana-mana sahaja. Kuatkanlah hati mu, kerana apa yang kau harapkan kasih sayang ALLAH, keampunan dan penerimaan taubat atas segala yang berlaku. Jadikan anasir yang melemahkn itu sebagai dugaan yang ALLAH hamparkan. Hidup mu kan indah jika segalanya adik-adik yakin bahawa ALLAH bersama kita semua. Yakinlah,.Carilah sahabta-sahabat disitu yang memahami dirimu, buangkan lah segala yang melalaikan hatimu, buangkanlah terus apa yang haram bahkan dirimu sendiri mengerti. Buangkanlah segalanya dengan terbaik kerana ALLAH Maha Penyayang. Perbaikilah sedikit demi sedikit apa yang dirimu perlu perbaiki. Ingatlah, diri ini pernah berpesan., hanya adik-adik yang mengetahui apa yang adik-adik lakukan dan insan-insan disekeliling mungkin tidak mengetahui. Tapi ALLAH maha WUJUd . Ingatlah, berhati-hatilah apa-apa yang dirimu lakukan, kerana ALLAH MAHA MEMERHATI.

Sayangnya PENCIPTA buat hamba apabila keinsafan terbit dari hati yang tulus iklahs dari rayuan nurani dirimu sendiri. Begitualah indahnya taubat seorang hambaa. Berlingan air mata ini melihat dirmu sedar menginsafi diri, tanda syukur kami pada ILLAHi kerana hidayahNYA menaungi jiwa-jiwamu dengan terbukanya hijab di hati. Bangkit lah dari mimpi ngeri. Jadikanlah hari esok suatu yang bermakna sebagai muslimah sejati. Dirimulah bakal mencorakkan segala yang terbaik. Hidayah ALLAh masih terbuku tapi jangan sampai ajal menjemput pulang dirimu belum bersedia untuk mengadap ILLAHI kerana leka, dan masih leka dengan segala kealpaan yang kau sendiri corakkan.

Bergertar jiwa ini apabila melihat mengakuan ikhlas yang kau lakarkan. Kata keinsafan, janji kesungguhan untuk dirimu bertaubat. Ingatlah sayang. Segala taubat yang kau lakukan bukan untuk kami jauh sekali untuk manusia yang banyak kekhilafan diri, tapi semua itu ikhlas kau hamparkan buat ILLAHI, ALLAH YANG MAHA PENERIMA TAUBAT. Salam sayang untuk adik-adik, apa yang kami inginkan adalah segunung harapan untuk melihat erti istiqamah dalam dirimu, perubahan yang berterusan walaupun ianya bermula dari sebesar zarah untuk dihitungklan. “JANGAN BERSEDIH, JANGAN TAKUT, SESUNGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA SEMUA’

0 comments: