Thursday, April 23, 2009

''JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W''

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari.Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme

Monday, February 23, 2009

"Tazkirah Pendidik Nurani Pemangkin Rohani Penerang Hati"

Tazkirah: RASULULLAH S.A.W PENGSAN APABILA DIBICARAKAN GAMBARAN ISI NERAKA.

Buat renungan sahabat-sahabat, adik-adik yang dikasihi kerana ALLAH, moga ini sebagai panduan kita bersama, ayuhlah, bertaubatlah sementara nadi masih berdetik walaupun Sesaat cuma,,,,,,

Yazid Arraqqasyi daripada Anas bin Malik r.a berkata. Suatu hari Malaikat Jibrail datang menemui Nabi Muhammad SAW dalam keadaan wajahnya begitu berbeza sekali, maka Nabi pun bertanya: “ Wahai Jibrail, ,mengapa aku melihat mukamu berlainan benar? “

Jawab Jibrail:” Wahai Muhammad, aku datang kepadamu di saat ALLAH menyuruh supaya dikobarkan nyalaan api neraka, maka ketika ini tidak layaklah bagi orang yang sudah mengetahui bahawa Neraka Jahanam itu benar, siksaan kubur itu benar, dan siksaan ALLAH itu amat pedih untuk bersuka-suka sebelum mereka berasa selamat daripadanya.”

Lalu Nabi bersabda:” Jelaskan padaku sifat Jahannam itu”

Ucap Jibrail:” Ketika ALLAH menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun lagi sehingga hitam, maka ia hitam pada nyalaan dari baranya.

“Demi ALLAH yang mengutus engkau dengan hak, andainya Neraka Jahannam itu terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan terbakarlah seluruh penduduk dunia ini kerana panasnya.

“Demi ALLAH yang mengutus engkau dengan hak, andainya sehelai baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi, nescaya akan matilah penduduk kerana panas bahangnya.

“Demi ALLAH yang mengutus engkau dengan hak, andainya satu pergelangan dari rantai disebut dalam AL-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh

“Demi ALLH yang mengutus engkau dengan hak, andainya seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakarlah orang-orang yang dihujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam, perhisannya besi dan minumannya air panas campur nanah, manakala pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu ada bahagiannya yang tertentu daripada orang lelaki dan perempuan.”

Nabi bertanya: “ Wahai Jibrail, apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?”

Jawab malaikat: “Tidak, tetapi selalu terbuka. Sesetengahnya di bawah daripada yang lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanannya 70 000 tahun, tiap pintu lebih panas daripada yang lain 70 kali ganda.’ (Yang lebih bawah lebih panas).

Tanya Rasulullah SAW: “ Siapakah penduduk masing-masing pintu itu?”

Jawab Jibrail;” Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan mukjizat Nabi Isa s.a serta kelurga Fir’un yang bernama Al-Hawiyah. Pintu kedua, tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga tempat orang Shobi’in bernam Saqar

“ Pintu keempat, tempat iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernam Ladha,. Pintu kelima , orang Yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam, tempat orang Nasara bernama Sa’eir.”

Kemudian Jibrail diam seperti segan kepada Nabi sehingga ditanya: “ Mengapa tidak kau terangkan kepadaku siapa penduduk pintu ketujuh?”

Jawab Jibri;: “ Di dalamya orang-orang yang berdosa besar daripada kalangan umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.”

Maka Nabi jatuh pengsan ketika mendengar ketengan itu. Malaikat Jibril pun meletakkan kepala baginda dipangkuannya sehingga sedar kembali. Sesudah segar, Nabi bersabda:” Wahai Jibrail, sungguh besar kerisaunku dan sangat sedih perasaanku. Apakah ada seorang daripada umatku yang akan masuk kedalam neraka?”

Jawab Jibril: “Ya iaitu orang yang berdosa besar daripada umatmu.”

Mendengar jawapan itu, Nabi pun menagis teresak-esak, begitu juga dengan Jibrail. Kemudian Nabi masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang. Semasa sembahyang, Nabi selalu menagis dan berdoa kepada Allah untuk keselamatan umatnya.

Renungan

Firman Allah:” Dan , bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. Apabila mereka dicampakkan kedalamnya, mereka mendengar suara jeritannya, meraung-raung sedang ia menggelegak. “ (Surah Al-Mulk; ayat 6 dan 7”

-Bukankah kita dari kalangan umat Nabi Muhammad SAW. Apakah yang sedang kita lakukan sekarang, ke arahNYA atau jauh dari hidayahNYA……

"Hanya Ini yang Termampu Sebagai Bantuanku Untukmu"

Khas untuk adik-adik pada 21.02.09 dan buat semua sahabat-sahabat

Sebesar Hiasan, sebesar Fitnah

“DARIKU,,,UNTUKMU,,,”

Salam sayang kerana ALLAH buat adik-adik dan sahabat-sahabat.

Linangan airmata yang mengalir tanda keinsfan diri, mentaubati segala kealpaan diri seketika kerana hawa nafsu yang dituruti. Setulus ikhlas segala ilmu yang kami hamparkan buat semua, segalanya kami sandarkan pada pemilik yang mambolak balikan hati ini, ALLAH YANG HAKIKI. Keinsafan itu lahir dari hati yang masih diberi diberi kesempatan daripada ALLAH SWT. Adik-adik, dalam adik terus melangkah kehadapan setelah titik bertaubat terdetik dihati, di situ dirimu akan menemui betapa sukarnya memilki kasih sayang ALLAH, kerana suara-suara luar yang melemahkan mu akan banyak kan kau dengari tanpa di pinta dimana-mana sahaja. Kuatkanlah hati mu, kerana apa yang kau harapkan kasih sayang ALLAH, keampunan dan penerimaan taubat atas segala yang berlaku. Jadikan anasir yang melemahkn itu sebagai dugaan yang ALLAH hamparkan. Hidup mu kan indah jika segalanya adik-adik yakin bahawa ALLAH bersama kita semua. Yakinlah,.Carilah sahabta-sahabat disitu yang memahami dirimu, buangkan lah segala yang melalaikan hatimu, buangkanlah terus apa yang haram bahkan dirimu sendiri mengerti. Buangkanlah segalanya dengan terbaik kerana ALLAH Maha Penyayang. Perbaikilah sedikit demi sedikit apa yang dirimu perlu perbaiki. Ingatlah, diri ini pernah berpesan., hanya adik-adik yang mengetahui apa yang adik-adik lakukan dan insan-insan disekeliling mungkin tidak mengetahui. Tapi ALLAH maha WUJUd . Ingatlah, berhati-hatilah apa-apa yang dirimu lakukan, kerana ALLAH MAHA MEMERHATI.

Sayangnya PENCIPTA buat hamba apabila keinsafan terbit dari hati yang tulus iklahs dari rayuan nurani dirimu sendiri. Begitualah indahnya taubat seorang hambaa. Berlingan air mata ini melihat dirmu sedar menginsafi diri, tanda syukur kami pada ILLAHi kerana hidayahNYA menaungi jiwa-jiwamu dengan terbukanya hijab di hati. Bangkit lah dari mimpi ngeri. Jadikanlah hari esok suatu yang bermakna sebagai muslimah sejati. Dirimulah bakal mencorakkan segala yang terbaik. Hidayah ALLAh masih terbuku tapi jangan sampai ajal menjemput pulang dirimu belum bersedia untuk mengadap ILLAHI kerana leka, dan masih leka dengan segala kealpaan yang kau sendiri corakkan.

Bergertar jiwa ini apabila melihat mengakuan ikhlas yang kau lakarkan. Kata keinsafan, janji kesungguhan untuk dirimu bertaubat. Ingatlah sayang. Segala taubat yang kau lakukan bukan untuk kami jauh sekali untuk manusia yang banyak kekhilafan diri, tapi semua itu ikhlas kau hamparkan buat ILLAHI, ALLAH YANG MAHA PENERIMA TAUBAT. Salam sayang untuk adik-adik, apa yang kami inginkan adalah segunung harapan untuk melihat erti istiqamah dalam dirimu, perubahan yang berterusan walaupun ianya bermula dari sebesar zarah untuk dihitungklan. “JANGAN BERSEDIH, JANGAN TAKUT, SESUNGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA SEMUA’

Saturday, February 21, 2009

HAYATILAH DENGAN PANDANGAN HATI YANG SUCI, BUKAN NAFSU AMARAH YANG MEMBENCI”

'di ambil dari seorang teman buat teman-temannya" syukran,,,

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja...tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah
supaya apabila
kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada
rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah
supaya kita dapat
menjadi penilai yg baik.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg
salah supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yg
sentiasa mengharapkan pertolongan
ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah
supaya kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK
DIRI KITA.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah
supaya kita sedar
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG
kerana mengingatkan kita bahawa dia
bukanlah pilihan yg hebat untuk kita
dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah
supaya kita dapat
mengutip pengalaman yg tak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah
supaya kita jadi
MANUSIA YG HEBAT JIWANYA
.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah
supaya kita lebih
faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA
BERSAMA ALLAH
.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah
supaya kita LEBIH
MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA
KEKAL.


Allah s.w.t tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Sedikit renungan..

Sabda Rasulullah bermaksud, “Janganlah engkau melayani rasa marah dan apabila timbul rasa marah, dudukla ah engkau dan fi kirkanlah kekuasaan dan kebesaran Allah ke atas hamba-Nya. Pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalikan engkau kepada kesabaran.” Katorang, jika kita tidak bersabar dengan apa yang kita sukai, bagaimana kita akan bersabar atas apa yang tidak kita sukai? Apabila kita bersabar, timbul kekuatan dalam diri dan kita pula beroleh pahala.Tetapi apabila kita berkeluhkesah, timbul kelemahan kita dan kita pun diancam seksa.

Friday, February 20, 2009

BUAT TEMAN SEPERJUANGAN..."bagaikan isi dan kuku"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW dan para sahabat..

Nukilan khas buat shabat-shabatku yang merasakan lemah di ketika ini. Sahabat, dari jauh diriku memerhatikan mu,,mentafsir pelbagai tafsiran di hati, ingin bertanya tapi ku tahu jawapan dari wajahmu walaupun dirimu tidak menzahirkan, sahabat, 1 masg ku tidak dirimu terasa untuk membalsnya, tapi ku tahu pergolakn dihatimu ketika ni. Diriku dismping dirimu walaupun ku tahu kau tak meluahkan segalanya padaku, cukuplah ukwwah ini mentafsirkan segalanya, masihkan ingat corekan bersama kata-katamu ini

Kata-kata ini hanya tiga perkataan yang ku buang,

”Manakala 2 orang sahabat ini lain pula ceritanya. ,,,,,,, dan ,,,,,, ,,,,,, yang pelik-pelik rancangannya. Kisahnya bermula dengan tesis... dugaan yang hampir sama...tak cukup ink dan kertas, kena marah penyelia dan lain-lain lagi. Ukhwah semakin akrab semasa menyiapkan tesis dan menyelesaikan masalah usrah yang tertangguh. Boleh jadi contoh naqibah terbaik! Hehehe... Lebih terharu lagi apabila sahabat ini sanggup meredah hujan lebat di suatu petang setelah berbuka puasa Ramadhan semata-mata untuk menjemput sahabatnya yang baru balik dari Labuan di pelabuhan. Inilah sahabat yang sebenar... menempuh suka duka bersama. Dikala sahabatnya lemah, dia membantu memulihkan semangat. Inilah antara mesej yang dihantar buat pemujuk hati ketika lemah.

“Tarbiyah Allah amat mahal...tidak semua kasih sayangNya terzahir melalui belaian... Adakala ketegasan mampu mendidik kita lebih daripada kelembutan... Allah lebih memahami kita daripada segala makhluk didunia. Justeru itu, mengadulah padaNya, setiap titisan airmata yang mengalir amat bernilai dan berharga disisi Allah... Ya Allah ya tuhanku, tuhan yang membolak-balik hati kami, tetapkan hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu. Berkati dan rahmatilah hidup kami sebagai tentera-tentera Allah.” HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID!

“Dimana sahaja ‘dia’ berada pasti Islam akan agung semula. Bila sahaja ‘dia’ berbicara, pasti syaitan akan membencinya. Bagaimana sahaja ‘dia’ memimpin alam maya, tersenyumlah malaikat dengan bangga. Untuk apa sahaja tujuan ‘dia’ melangkahkan kakinya, nurnya takkan pernah sinaran menerangi insan disekelilingnya. Semoga dikaulah ‘dia’ yang menjadi kebanggaan agama...

Ya Allah... siapakah layak menjadi ‘dia’ yang dinyatakan dalam mesej tersebut? Aku tidak layak sahabatku.. tetapi, berusahalah kita menjadi ‘dia’ yang menjadi kebanggaan agama.’

Temanku,,,Andai tersa dirimu lemah mengadulah pada ALLAH YANG ESA, tapi diriku hnya mambantu memberikan bahuku sebagai sandaran padaMU. Diriku menyangi sahabat-sahabtku tetapi diriku tidak dapat melihat sahabat yang sedih kerana hatii ini dianugerahi ILLAHI mudah mentafsirkan kesedihan, kegusaran pada hati-hati sahabat, termasuk dirimu, luahkanlah walaupun dengn sepatah kata agar dirmu tahu aku berada disampingmu. Nota-nota yang penuh amanah-amanh, kau gantungkan pada mejamu, aku mengerti, amat-amat memahai tapi mengertilah, hati ini tak dapat melihat kegusaran disebalik dirimu, kerana senyumanmu yang indah juga tidak terzahir disebalik kegusaranmu,, Insya-ALLAh, diriku disini untuk membantumu walaupun mugkin bukan segunung jasaku tapi cukuplah bahuku pengganti untuk dirimu bersandar. Kuatkanlah dirimu,,dikala ini kekutan mu yang perlu kerana tugasan-tugasan yang menggunung menunggu dirimu, tapi usahlah menyambut tugasan itu dngn dirimu diam membatu mungkin linagan airmata tanpa aku melihatnya, sedanglan aku disisi memerhati malah juga mengerti tapi tidak dapat menghulurkan secebis bantuan buat meringankan bahumu, samalah kita bersama kerana sahabat sejati sepanjang masa bukan dikala gembira sahaja. Ikhlas dihati ini buatmuu sahabat, cukuplah dapat melihat tawamu sebagai pengubat tafsiran2 hati ini..sejujurnya, seikhlasnya, dan segalanya,,aku menyayangimu kerana ALLAh, ukuwwah ini indah kerana sahabat disisi bagaikan isi dan kuku, andai kuku sendiri apalah tugas isi, andai isi sepi apalah guna kuku tidak menemani...sayang ukuwwah fillah.. buatmu teman.. hayatilah seketikaa,,,,Sahabat,,,(DEVOTEES)

Thursday, November 13, 2008


”AYAT-AYAT CINTA-MU’

Terimalah munajatku Ya Allah

Aku mengharapkan kasih dan syang Mu

Hamba ini bergelumang dengan dosa

Moga diberikan magfirahMu,, MUNAJAT: IRSYADEE...

Bait2 lagu ni menghentikan lamunanan ku,,
YA ALLAh , apakah yang telah aku lakukan,,,
Ya Allah,,hatiku beristqfar,, ampunilah dosa hambaMU ni,
Dosa yang begitu terang lagi jelas diriku lakukan,,,
Adakah ini ujian dariMU,,
Kuatkah langkahku berdri agar aku tidak selamanya tersungkur dengan semua ini,
YA allah,, pada siapa iginku mengadu,,aku menadah tangan berdoa,, doa pada setiap rintihan ku,,hanya DIRIMU yang memahaminya,,
Aku lemah,,aku hdoif dalam setiap langkahku,,huraikan kekalutan di hatiku,,ampunkahlah ya allah setiap apa yang telah aku lakukan,, adakah masih NUR kasihMU untuk pancarkan pada setipa bisikan nuraniku,
Kadang2 hatiku terdetik pada satu kata-kata,,’tidak layak sebenarnya untukku berdoa padaMU’
Dosa yang berulang2 aku lakukan,,dosa yang terang aku hamparkan dalam kehidupanku,, YA ALLAH, hatiku tidak tenag dalam setiap langkah untuk ku terus kehadapann,
Aku melangkah,,terus melangkah,, tetapi aku takut kemurkaanMU yang aku dapat
Keresahan hatiku,, hnya DIRI-MU yang mengetahui segalanya,, aku malu untuk meluahkan pada insan bergelar hamba,, insan-nsan yang aku kasihi kerana Allah,
tapi aku juga tidak kuat YA ALLAH untuk segalanya,, adakah keimanan ku diuji,, adakah ketaqwaan ku menjadi bukti,,sehingga keresahan hatiku terus begini,,,sampai bilakah harus ku tanggung segalanya sendirian,, aku perlukan kekuatan bertunjangkan keimanan padaMU,, tapi,, apabila ku terkenag kembali , memori itu singgah di hari-hari kehidupanku,,langkahku goyah,, sndaranku tidak sekuat keimananku,,
YA ALLAH,, luaran kuhakikatnya aku bahgia,, insan disisiku melihatku tersenyum indah, betapa indahnya menjalani kehidupn sebagai hambaMU,,
Tetapi setiap detik nadiku, setiap degupan jantungku bergelombang arus tanpa kemudinya kerana aku tidak mampu untuk menghamparkan sauh di pesisir pantar yang tidak bergelora,
YA ALLAH,,,ubatilah segala kedukaan di hati ini,,layakkah diriku untuk sandarkan segalanya padaMU
Setulus doa aku hamparkan memohon rimbun keampunan seusai Munajatku pada Mu,,dalam bait-bait akhir munuajatku ini, aku kembali memikirkan persolan yang mugkin aku ada jawapannya, ’adakah rintihanku diterima disisiMu’,,aku begitu terhina dengan dosaku sendiri,, dosa itu menerjah ruang fikiran yang tak mampu aku fikirkan jlannya,,
Aku menemui cintaMu dalam sujudKu ,, aku menemiui ketengan abadi dalam Munajatku, aku menemui kasih sayangMu dalam doaku,,,aku menemui tingkat imanku dalam dosaku,,, aku temui jawapan dalam linangan keinsanfanku,
YA ALLAH, pelangi indah kau ciptakan selepas hujan, rimbunan pohon tumbuh kehijauan, burung-burung pulang ke sangkar keriangan, tapi hatiku tak seindah pelangi, tak sehijau pohon, tak seriang burung berkicauan kerana kemarau hati terlalu sukar untuk ditafsiri,,,
Hakikatnya, aku hamba yang lemah Ya Allah,, yaa,,aku begitu lemah, mengharapkan MaghfirahMu yang seringkali aku keliru dimana iginku temui dan ku cari,,
Bukan ku tidak redha untuk semua ini, tapi imanku berbicara, atiku berkata-kata,, Masihkah ada kasih sayang Mu buatku,
Lembaran-lembaran kalamMu memberikan aku jawapan pada persolan ini,
ALHAMDULLAH, Aku bersyukur ya Yallah..setelah sekian lama hatiku berbicara sendiri,, aku menemui kegelapan hati yang sering keliru,,,,,

ASTAQFIRULLAH MINAL KHOTOYA,,,,ASTAQFIRULLAH MINAL BAROYA,,,

WahyuMu begitu agung, KalamMu begitu indah, ayat-ayat cintaMU memujuk hatiku
ALLAH BERFIRMAN: ’Dan barangsiapa bertaubat dan mengerjakan kebajikan, maka dia sesungguhnya diA bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya” Al-Furqan: 71 (25:71)
Lembaran demi lembaran aku hayati, Ya Allah begitu luas kurnianMu,,
FIRMAN ALLAH: ”dan janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedIh hati, sebab kamu paling tinggi derajatnya, jika kamu orang yang beriman” Ali-Imran:139 (3:139),
Tanganku berhenti pada kalimahMu yang agung,, ’barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah, (petunjuk). Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam, Dan barangsiapa dikehendakiNya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki langit. Demikianlah Alah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman” Surah Al-An’am:125 (6:125)
Alllah berfirman: Dan ingatlah TuhanMU dalam hatimu tenag hatiMU dan rasa takut dan tidak mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang, dan janganlan kamu termasuk ornag-orang yang lengah”
Surah Al-A’raf:205 (7:205)
YA Allah, ubatilah duka-duka di hati ini, tambahkan imanku disisMU, kuatkan tawakkal ku padaMu, aku yakin,, dalam meniti bahagia, layar kehidupanku akan sesekali dihamparkan gelombang, kerana arus dipantai juga takkan selamya tenang, tarbiyyah dariMu itulah seagung-agung pengalaman hidup yang tidak akan menipu diri ini,, kuatkanlah imanku, dalam menemui destinasi cintaMU,,amin-amin
Sesunguhnya hatiku yakin,iman ku berbisik, nuraniku berbicara pada setiap kebenran AYAT-AYAT CINTA-MU,,
Allah berfirman ”(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram denagn mengingati Allah, ingatlah hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram,” surah Ar-Ra’d:28 (13:28)... Amin-amin Ya Rabbal Alamin,,,

Saturday, September 13, 2008

Di antara kudrat Tuhan
Dia mencipta manusia,
Sebagai khalifah mentadbir bumi ini,
Juga sebagai hamba yang berbakti dan berbudi,
Ingatlah Tuhan yang Maha Kuasa

Ombak yang menderu dedauan berterbangan,
Terkadang menghayalkan diriku, Terlupa aku pada Pencipta Yang Esa,
Yang sentiasa melihat diri ku,

Dimana, dimana ku berada,
Dimana, dimana kah diriku,

Adakah di jalan lurus,
Atau di jalan yang berliku,
Oh tuhan tujukkan ku jalan kebenaran,
Ku tahu jalan bahgia penuh onak dan jua cabaran,
Oh tuhan beri kekutan pada ku,

Diman, dimana, kah diriku,
Dimana, dimana ku berada,

Demi mendapat keredhoaan dariMu,
Sanggup ku tempuhi jalan yang berliku,
Dengan Rahmat Mu Ya Tuhan,
Selamatkan diriku dari siksaan api neraka Mu, .

Older Posts