BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 23, 2009

"Tazkirah Pendidik Nurani Pemangkin Rohani Penerang Hati"

Tazkirah: RASULULLAH S.A.W PENGSAN APABILA DIBICARAKAN GAMBARAN ISI NERAKA.

Buat renungan sahabat-sahabat, adik-adik yang dikasihi kerana ALLAH, moga ini sebagai panduan kita bersama, ayuhlah, bertaubatlah sementara nadi masih berdetik walaupun Sesaat cuma,,,,,,

Yazid Arraqqasyi daripada Anas bin Malik r.a berkata. Suatu hari Malaikat Jibrail datang menemui Nabi Muhammad SAW dalam keadaan wajahnya begitu berbeza sekali, maka Nabi pun bertanya: “ Wahai Jibrail, ,mengapa aku melihat mukamu berlainan benar? “

Jawab Jibrail:” Wahai Muhammad, aku datang kepadamu di saat ALLAH menyuruh supaya dikobarkan nyalaan api neraka, maka ketika ini tidak layaklah bagi orang yang sudah mengetahui bahawa Neraka Jahanam itu benar, siksaan kubur itu benar, dan siksaan ALLAH itu amat pedih untuk bersuka-suka sebelum mereka berasa selamat daripadanya.”

Lalu Nabi bersabda:” Jelaskan padaku sifat Jahannam itu”

Ucap Jibrail:” Ketika ALLAH menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun lagi sehingga hitam, maka ia hitam pada nyalaan dari baranya.

“Demi ALLAH yang mengutus engkau dengan hak, andainya Neraka Jahannam itu terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan terbakarlah seluruh penduduk dunia ini kerana panasnya.

“Demi ALLAH yang mengutus engkau dengan hak, andainya sehelai baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi, nescaya akan matilah penduduk kerana panas bahangnya.

“Demi ALLAH yang mengutus engkau dengan hak, andainya satu pergelangan dari rantai disebut dalam AL-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh

“Demi ALLH yang mengutus engkau dengan hak, andainya seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakarlah orang-orang yang dihujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam, perhisannya besi dan minumannya air panas campur nanah, manakala pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu ada bahagiannya yang tertentu daripada orang lelaki dan perempuan.”

Nabi bertanya: “ Wahai Jibrail, apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?”

Jawab malaikat: “Tidak, tetapi selalu terbuka. Sesetengahnya di bawah daripada yang lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanannya 70 000 tahun, tiap pintu lebih panas daripada yang lain 70 kali ganda.’ (Yang lebih bawah lebih panas).

Tanya Rasulullah SAW: “ Siapakah penduduk masing-masing pintu itu?”

Jawab Jibrail;” Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan mukjizat Nabi Isa s.a serta kelurga Fir’un yang bernama Al-Hawiyah. Pintu kedua, tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga tempat orang Shobi’in bernam Saqar

“ Pintu keempat, tempat iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernam Ladha,. Pintu kelima , orang Yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam, tempat orang Nasara bernama Sa’eir.”

Kemudian Jibrail diam seperti segan kepada Nabi sehingga ditanya: “ Mengapa tidak kau terangkan kepadaku siapa penduduk pintu ketujuh?”

Jawab Jibri;: “ Di dalamya orang-orang yang berdosa besar daripada kalangan umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.”

Maka Nabi jatuh pengsan ketika mendengar ketengan itu. Malaikat Jibril pun meletakkan kepala baginda dipangkuannya sehingga sedar kembali. Sesudah segar, Nabi bersabda:” Wahai Jibrail, sungguh besar kerisaunku dan sangat sedih perasaanku. Apakah ada seorang daripada umatku yang akan masuk kedalam neraka?”

Jawab Jibril: “Ya iaitu orang yang berdosa besar daripada umatmu.”

Mendengar jawapan itu, Nabi pun menagis teresak-esak, begitu juga dengan Jibrail. Kemudian Nabi masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang. Semasa sembahyang, Nabi selalu menagis dan berdoa kepada Allah untuk keselamatan umatnya.

Renungan

Firman Allah:” Dan , bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. Apabila mereka dicampakkan kedalamnya, mereka mendengar suara jeritannya, meraung-raung sedang ia menggelegak. “ (Surah Al-Mulk; ayat 6 dan 7”

-Bukankah kita dari kalangan umat Nabi Muhammad SAW. Apakah yang sedang kita lakukan sekarang, ke arahNYA atau jauh dari hidayahNYA……

0 comments: