BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 13, 2008

Di antara kudrat Tuhan
Dia mencipta manusia,
Sebagai khalifah mentadbir bumi ini,
Juga sebagai hamba yang berbakti dan berbudi,
Ingatlah Tuhan yang Maha Kuasa

Ombak yang menderu dedauan berterbangan,
Terkadang menghayalkan diriku, Terlupa aku pada Pencipta Yang Esa,
Yang sentiasa melihat diri ku,

Dimana, dimana ku berada,
Dimana, dimana kah diriku,

Adakah di jalan lurus,
Atau di jalan yang berliku,
Oh tuhan tujukkan ku jalan kebenaran,
Ku tahu jalan bahgia penuh onak dan jua cabaran,
Oh tuhan beri kekutan pada ku,

Diman, dimana, kah diriku,
Dimana, dimana ku berada,

Demi mendapat keredhoaan dariMu,
Sanggup ku tempuhi jalan yang berliku,
Dengan Rahmat Mu Ya Tuhan,
Selamatkan diriku dari siksaan api neraka Mu, .

''Renungan Sejenak,,Diriku kah Sebegini,,,,"

ANTARA SEBAB KERESAHAN DALAM HIDUP

Penyebab keresahan dalam hidup manusia menurut pandangan Islam terlalu banyak tetapi yang menjadi punca utama ialah :
1.Tidak adanya iman atau lemahnya iman seseorang.

2.Percampuran antara iman dan syirik.

3.Kurangnya kesedaran bahawa dalam usaha manusia ada ketentuan Allah yang Maha Berkuasa. Manusia hanya sebagai makhluk yang diciptakan dan berada dalam kekuasaanNya. Firman Allah Ertinya : "Dan kepunyaan-Nyalah apa-apa yang di langit dan di bumi, semua makhluk tunduk kepadaNya" (Surah al-Rum : 26)

4Umat Islam kurang menghayati dan mengamalkan kehidupan berumah tangga berlandaskan ajaran Islam.

5.Ibu bapa atau penjaga kurang memberi perhatian ilmu pengetahuan dan pendidikan keagamaan kepada anak di samping ilmu pengetahuan yang lain.

6. Kebebasan dalam pergaulan tanpa didasari dengan keimanan sehingga boleh mempengaruhi manusia melakukan perkara yang haram mengikut hukum syarak.

7.Manusia terlalu membanggakan ilmu pengetahuan hasil daripada pemikiran akal manusia tanpa disertai iman sedangkan pemikiran manusia amat terbatas.

8.Pengaruh makanan dan minuman haram ke atas umat Islam secara sedar atau tidak sedar.

9.Adanya penyakit rohani yang membahayakan dan merosakkan peribadi dan martabat manusia seperti hasad, dengki, khianat, dusta, takbur, riak dan sebagainya.

10.Kurangnya kesedaran rasa syukur sewaktu mendapat nikmat Allah S.W.T. dan terlalu mementingkan urusan duniawi.
Sentiasa diselubungi perasaan bersalah atau berdosa kerana telah melakukan perbuatan terkutuk yang bertentangan dengan hati nuraninya sehinga terjadi konflik batin. Konflik batin ini menyebabkan gangguan fikiran seperti tidak tenteram dan tertekan.

Friday, September 12, 2008

'Irsyadee...MUNAJAT"


Di malam syahdu yang sepi ini,
Ku curahkan segala isi hati
Mengapakah kini baru sedari,
Banyak perintah mu telah ku ingkari,

Dulu hidupku sering terleka,
Diulit mimpi dunia yang fana,
Tapi tak pernah ku mencuba,
Untuk lari dari tipu daya.

Jiwaku yang dulu sepi,
Kini keinsafaan telah ku miliki,
Berlinangan air mata ini,
Berderai jatuh membasahi bumi,

Dulu hidup ku sering terleka,
Diulit mimpi dunia yang fana,
Tapi tak pernah ku mencuba,
Untuk lari dari tipu daya

Jiwaku yang dulu sepi
Kini keinsafaan telah ku miliki
Berlinangan air mata ini,
Berderai jatuh membasahi bumi,

Terimalah munajatku Ya Allah
Aku mengharapkan kasih dan syang Mu
Hamba ini bergelumang dengan dosa
Moga diberikan magfirahMu

Tuesday, September 9, 2008

Madah Untukmu,,Wanita Solehah,,,


Assalamualaikum………Seindah hiasan adalah wanita solehah
Wanita itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunai ini,
Keayuan wanita solehah itu..
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah…
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggongcang iman para muslimin..
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah..
Memujuk rayu..
Bukan dan tidak sama sekali,
kepetahan wanita solehah..
bukan pada barang kemas atau perihal orang lain..
tapi pada perjuanganmya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam….
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandangan dari segala aspek……..
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya..
terpancar pada tingah lakunya,,zahirlah indahnya wanita solehah,,,

Saturday, September 6, 2008

Ku rindukan,,,,,

Ku Rindu Teman untuk Berjuang, Sahabat untuk Berjihad, Rafiq untuk same2 beribadat, Rakan untuk Bermuhasabah, Same-same menuntut ilmu Allah, Same-same Bekerja demi Islam, Same-same berkorban demiNYA, dan same-same saling berpesan, YA ALLAH, UBATI RINDU KAMI,,