BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 20, 2009

BUAT TEMAN SEPERJUANGAN..."bagaikan isi dan kuku"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW dan para sahabat..

Nukilan khas buat shabat-shabatku yang merasakan lemah di ketika ini. Sahabat, dari jauh diriku memerhatikan mu,,mentafsir pelbagai tafsiran di hati, ingin bertanya tapi ku tahu jawapan dari wajahmu walaupun dirimu tidak menzahirkan, sahabat, 1 masg ku tidak dirimu terasa untuk membalsnya, tapi ku tahu pergolakn dihatimu ketika ni. Diriku dismping dirimu walaupun ku tahu kau tak meluahkan segalanya padaku, cukuplah ukwwah ini mentafsirkan segalanya, masihkan ingat corekan bersama kata-katamu ini

Kata-kata ini hanya tiga perkataan yang ku buang,

”Manakala 2 orang sahabat ini lain pula ceritanya. ,,,,,,, dan ,,,,,, ,,,,,, yang pelik-pelik rancangannya. Kisahnya bermula dengan tesis... dugaan yang hampir sama...tak cukup ink dan kertas, kena marah penyelia dan lain-lain lagi. Ukhwah semakin akrab semasa menyiapkan tesis dan menyelesaikan masalah usrah yang tertangguh. Boleh jadi contoh naqibah terbaik! Hehehe... Lebih terharu lagi apabila sahabat ini sanggup meredah hujan lebat di suatu petang setelah berbuka puasa Ramadhan semata-mata untuk menjemput sahabatnya yang baru balik dari Labuan di pelabuhan. Inilah sahabat yang sebenar... menempuh suka duka bersama. Dikala sahabatnya lemah, dia membantu memulihkan semangat. Inilah antara mesej yang dihantar buat pemujuk hati ketika lemah.

“Tarbiyah Allah amat mahal...tidak semua kasih sayangNya terzahir melalui belaian... Adakala ketegasan mampu mendidik kita lebih daripada kelembutan... Allah lebih memahami kita daripada segala makhluk didunia. Justeru itu, mengadulah padaNya, setiap titisan airmata yang mengalir amat bernilai dan berharga disisi Allah... Ya Allah ya tuhanku, tuhan yang membolak-balik hati kami, tetapkan hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu. Berkati dan rahmatilah hidup kami sebagai tentera-tentera Allah.” HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID!

“Dimana sahaja ‘dia’ berada pasti Islam akan agung semula. Bila sahaja ‘dia’ berbicara, pasti syaitan akan membencinya. Bagaimana sahaja ‘dia’ memimpin alam maya, tersenyumlah malaikat dengan bangga. Untuk apa sahaja tujuan ‘dia’ melangkahkan kakinya, nurnya takkan pernah sinaran menerangi insan disekelilingnya. Semoga dikaulah ‘dia’ yang menjadi kebanggaan agama...

Ya Allah... siapakah layak menjadi ‘dia’ yang dinyatakan dalam mesej tersebut? Aku tidak layak sahabatku.. tetapi, berusahalah kita menjadi ‘dia’ yang menjadi kebanggaan agama.’

Temanku,,,Andai tersa dirimu lemah mengadulah pada ALLAH YANG ESA, tapi diriku hnya mambantu memberikan bahuku sebagai sandaran padaMU. Diriku menyangi sahabat-sahabtku tetapi diriku tidak dapat melihat sahabat yang sedih kerana hatii ini dianugerahi ILLAHI mudah mentafsirkan kesedihan, kegusaran pada hati-hati sahabat, termasuk dirimu, luahkanlah walaupun dengn sepatah kata agar dirmu tahu aku berada disampingmu. Nota-nota yang penuh amanah-amanh, kau gantungkan pada mejamu, aku mengerti, amat-amat memahai tapi mengertilah, hati ini tak dapat melihat kegusaran disebalik dirimu, kerana senyumanmu yang indah juga tidak terzahir disebalik kegusaranmu,, Insya-ALLAh, diriku disini untuk membantumu walaupun mugkin bukan segunung jasaku tapi cukuplah bahuku pengganti untuk dirimu bersandar. Kuatkanlah dirimu,,dikala ini kekutan mu yang perlu kerana tugasan-tugasan yang menggunung menunggu dirimu, tapi usahlah menyambut tugasan itu dngn dirimu diam membatu mungkin linagan airmata tanpa aku melihatnya, sedanglan aku disisi memerhati malah juga mengerti tapi tidak dapat menghulurkan secebis bantuan buat meringankan bahumu, samalah kita bersama kerana sahabat sejati sepanjang masa bukan dikala gembira sahaja. Ikhlas dihati ini buatmuu sahabat, cukuplah dapat melihat tawamu sebagai pengubat tafsiran2 hati ini..sejujurnya, seikhlasnya, dan segalanya,,aku menyayangimu kerana ALLAh, ukuwwah ini indah kerana sahabat disisi bagaikan isi dan kuku, andai kuku sendiri apalah tugas isi, andai isi sepi apalah guna kuku tidak menemani...sayang ukuwwah fillah.. buatmu teman.. hayatilah seketikaa,,,,Sahabat,,,(DEVOTEES)